Refleksi Minggu Kelapan

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu kelapan, saya telah belajar banyak perkara. Antara topik yang kami belajar ialah kemahiran
NUR AZIRA BINTI MAT SAAT
PEK 120020

pada minggu ke lapan. saya telah belajar mengenai kemahiran mengurus projek perniagaan. Kemahiran mengurus projek perniagaan tidak lah sukar jika dipelajari dan difahami dengan betul.

saya berasa sangat gembira kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang kemahiran mengurus projek perniagaan.

saya akan mengaplikasikan ilmu ini apabila saya ingin membuka perniagaan saya sendiri,,saya perlu mengaplikasikan kemahiran ini agar perniagaan saya berjalan dengan lancar dan mendapat ramai pelanggang tetap dan pelanggang baru.

Refleksi Minggu Ketujuh.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu ke-7 dalam kuliah APK, saya telah mempelajari Rancangan Perniagaan (RP). Saya telah dapat tahu takrifan RP, kepentingan RP, format RP dan sebagainya.

Dalam tajuk Rancangan Perniagaan ini, saya akan mengaplikasikan nya dalam memulakan perniagaan secara berkumpulan apabila kami berniaga nanti.

NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK120020

Saya telah belajar mengenai perancangan perniagaan yang sangat menarik. Ini merupakan ilmu yang amat berguna kepada ramai orang.

Saya berasa gembira untuk memulakan perniagaan secara berkumpulan agar dapat meringankan beban apabila bekerjasama.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini bersama-sama rakan apabila kami membuka perniagaan kami nanti.


NORHAYATI BT MOHAMAD 
PEK 120019

Pada minggu ketujuh ini saya telah mempelajari tentang merancang perniagaan . Rancangan perniagaan adalah amat penting yang merangkumi analisis, ramalan dan jangkaan serta cara perlaksanaan strategi perniagaan .

 Selain tu , saya dapat mengetahui kepentingan rancangan perniaagan yang mahu dilakukan .  seterusnya , saya dapat panduaan dalam cara -cara menyediakan rancangan perniagaan .

OSMAN BIN ADNAN
PEK 120022

Minggu yang ke-7 pula membincangkan tentang topik untuk merancang perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya telah memahami maksud dan tujuan rancangan perniagaan serta kepentingannya terhadap perniagaan. Selain itu, saya juga dapat panduan dalam menyediakan rancangan perniagaan.

Perasaan saya selepas selesai topik ini saya merasakan bahawa perancangan sesuatu dalam perniagaan ini akan menjamin kepada kejayaan jangka panjang dalam perniagaan. Seterusnya, saya harus rancang juga tentang ekonomi pasaran dari masa ke semasa.

Dengan pembelajaran topik ini akan saya praktik atau aplikasikan dalam perniagaan saya nanti. Seterusnya dalam topik ini akan saya jadikan panduan kepada memulakan perniagaan kelak.

RISLI PALIMIN
PEK120024

  • Dapat memahami definisi dan tujuan rancangan perniagaan disediakan bagi membantu usahawan dalam memberi gambaran,anggaran dalam melaksanakan projek.
  • Dapat memahami kepentingan rancangan perniagaan.
  • Dapat dijadikan panduan dalam menyediakan rancangan perniagaan yang teliti di samping dapat mengelak kemungkinan masalah yang akan timbul dalam melaksanakan projek.

Refleksi Minggu Keenam.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu ke-6,saya mempelajari tajuk kemahiran untuk memulakan perniagaan. Bagi memulakan sesuatu perniagaan ,sama ada perniagaan besar ataupun kecil-kecilan, kita perlu mempunyai modal untuk perniagaan.

Selain itu juga, kita juga perlu mempunyai produk atau servis iaitu jenis bahan yang ingin diniagakan.Di samping itu juga, lokasi perniagaan juga perlu diambil kira kerana tempat yang strategik akan memberi keuntungan yang berlipat ganda.


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK120020

Saya telah belajar mengenai kemahiran untuk memulakan perniagaan.

Saya berasa tidaklah terlalu sukar untuk menceburi dalam bidang perniagaan jika ahli keluarga sudah pun mempunyai perniagaan sendiri dan belajar daripada mereka yang telah mempunyai banyak pengalaman.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini jika saya ingin membuka perniagaan saya sendiri sambil bekerja dengan majikan.



NORHAYATI BT MOHAMAD
PEK 120019 

Pada minggu ke-6 saya telah belajar tentang kemahiran untuk memulakan perniagaan  daripada pensyarah saya . Apa yang saya dapat ialah saya dapat mengetahui sumber -sumber yang perlu dilakukan bagi memulakan perniagaan

Selain itu , saya dapat mengetahui teknik perundingan yang berkesan dalam menjalankan perniagaan dan saya dapat mengatahui kaedah komunikasi yang berkesan . Terdapat pelbagai komunikasi yang perlu di pelajari bagi menarik minat orang ramai dan percaya akan perniagaan kita .



SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Minggu berikutnya, saya diajar tentang kemahiran memulakan perniagaan. Saya mempelajari sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan. Contohnya, modal, lokasi dan kelengkapan perniagaan. Selain itu, saya juga mempelajari mengenai kemahiran perundingan dan kemahiaran komunikasi.

Saya mendapat informasi baru bahawa pentingnya kemahiran komunikasi dalam perniagaan. Ini adalah kerana jika seseorang peniaga tidak tahu cara untuk berkomunikasi, pelanggan sukar memahami perniagaan yang dijalankan oleh peniaga tersebut.

Saya berpendapat saya boleh mengaplikasikan pembelajaran minggu ini sekiranya saya membuka sebuah perniagaan. Mungkin saya boleh melantik pakar perunding untuk mendapatkan maklumat mengenai pihak pembekal, pelabur atau pelanggan.


SYARUL BARIAH BT MUSA
PEK 120034


Hasil  pembelajaran
·         dapat menganalisis sumber dalam perniaagaan.
·         Dapat mengetahui teknik-teknik dalam perundingan yang betul.

Perasaan
·         Saya gembira kerana dapat mengetahui teknik dan prinsip perundingan yang sepatutnya.
Aplikasi
·         Saya boleh mengaplikasi teknik perundingan ini dalam apa jua bidang yang saya ceburi nanti.

OSMAN BIN ADNAN 
PEK 120022

Pada minggu yang keenam ini saya dapat mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan. Selain itu, saya dapat mengetahui teknik perundingan yang berkesan dan kaedah komunikasi.

Perasaan yang saya dapat setelah selesai belajar dalam topik ini ialah saya tahu personaliti seseorang yang berkarisma turut mempengaruhi orang lain. Saman ada dari aspek berjalan, gerak-geri badan dan sebagainya.

Aplikasi yang dapat saya terapkan ialah keyakinan diri perlu ada dalam menyampaikan sesuatu perundingan.



RISLI PALIMIN
PEK 120024

  • Dapat mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan.Antaranya adalah modal perniagaan, produk atau servis, lokasi perniagaan, serta kelengkapan perniagaan.
  • Dapat mengetahui teknik perundingan yang berkesan dari aspek persediaan, proses perundingan, srtategi dan taktik.
  • Dapat mengetahui keadah komunikasi dalaman dan luaran yang berkesan.

 

Refleksi Minggu Kelima.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada miggu ke-5 pula, saya telah belajar mengenai peluang perniagaan dan cara untuk menilai dan memilih peluang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.Dalam perniagaan, kita perlu tahu bahawa apabila kita berniaga kita perlu memenuhi permintaan pelanggan dan memberikan perkhidmatan atau produk yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan.

Caranya ialah dengan mengenal pasti kekuatan, meminimakan kekurangan, menggunakan peluang dan mengurangkan ancaman.


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK 120020

Pada minggu ini, saya telah belajar mengenai peluang-peluang peniagaan dan memilih peluang perniagaan yang berpotensi seta menguntungkan.

Saya berasa bidang perniagaan merupakan sesuatu bidang yang baru bagi saya kerana bukan senang untuk menceburi dan bidang ini sehingga berjaya.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini sekiranya saya ditawarkan dan berminat untuk berkerjasama dengan ahli-ahli perniagaan yang berjaya.


NORHAYATI  BT MOHAMAD 
PEK 120019 

Pada minggu kelima ini , saya telah belajar tentang perluang perniagaan dan rancangan agar perniagaan yang kita jalani berjaya .

Untuk memulakan sesuatu perniagaan kita mestilah mempunyai rancangan yang rapi dan strategik -strategik agar perniagaan yang kita ceburi berjaya.



SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Minggu berikutnya, pensyarah memberi kuliah bertajuk Peluang Perniagaan. Kuliah minggu ini hanya satu jam sahaja dan satu jam lagi adalah perbincangan berkumpulan. Dalam kuliah tersebut, saya mempelajari cara untuk mengenalpasti, menilai dan memilih peluang perniagaan.

Saya berasa sangat teruja kerana dapat menambah pengetahuan baru pada minggu ini. Saya juga berasa gembira kerana kumpulan saya sudah memutuskan untuk berniaga bagi menyempurnakan tugasan yang diberi.

Apabila saya ingin membuka sesuatu perniagaan, mungkin saya boleh mengaplikasikan pembelajaran pada minggu ini. Sebagai contoh, saya akan mengenal pasti peluang yang ada di sekitar saya sebelum memutuskan jenis perniagaan yang ingin saya buat.

OSMAN BIN ADNAN
PEK 120022

Pada minggu yang kelima ini saya telah mempelajari tentang peluang perniagaan dalam keusahawaan. Dalam topik yang kelima saya dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan. Sehubungan dengan itu, dapat juga menilai dan memilih peluang perniagaan yang berpotensi untuk kemajuan dalam perniagaan.

pengajaran yang dapat kita ambil dalam topik ini ialah kita perlu cepat dalam merebut peluang yang ada. seterusnya faktor-faktor persekitaran pasaran jgk turut mempengaruhi peluang perniagaan.

Sekiranya saya ingin menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan, saya akan mengaplikasi kaedah ini.

SYARUL BARIAH BINTI MUSA
PEK 12OO34



Hasil pembelajaran
·         dapat mengenal pasti, menilai dan memilih peluang dalam perniagaan.

Perasaan
·         saya berasa teruja kerana dapat mengenal pasti peluang dalam perniagaan.

Aplikasi
·         saya dapat mengaplikasi peluang ini apabila saya menceburi bidang perniagaan nanti.

RISLI PALIMIN
PEK 120024

  • Dapat mengenalpasti peluang-peluang perniagaan pada masa kini.
  • Dapat menilai dan memilih peluang perniagaan yang lebih baik dan berpotensi untuk maju.


Refleksi Minggu Keempat.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu ke-4 dalam kuliah APK, saya telah mempelajari topik kreativiti dan inovasi. Dalam topik ini, saya tertarik pada sub topik iaitu halangan kreativiti dan inovasi. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuhi.

Antaranya ialah diri sendiri yang tidak mempunyai keyakinan, takut untuk mencuba , takut pada kegagalan dan sebagainya. Semua halangan ini mesti ditepis oleh seseorang itu untuk menjadi usahawan.


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK120020

Saya telah belajar mengenai aspek kreativiti dan inovasi serta mengenal pasti strategi untuk menggalakkan kreativi dan inovasi.

Saya berasa bahawa bidang keusahawanan sangat mencabar dan memerlukan pemikiran yang bijak.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini apabila saudara saya ingin dan berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan.


NORHAYATI BT MOHAMAD 
PEK 120019

 Pada minggu keempat ini sy dapat belajar dari segi kreativiti dan inovasi dalam perniagaan .
 Disebabkan sekarang usahawan muncul ibarat  cendawan timbul selepas hujan kita perlu mempunyai kreativitif agar dapat menarik  minat pembeli diluar  agar minat dengan produk kita .

Selain itu saya belajar teknik untuk menjana idea kreatif dan inovatif dalam perniagaan . Oleh itu , dengan teknik yang dipelajari saya berharap dapat mengamalkan apabila memulakan perniagaan nanti


OSMAN BIN ADNAN 
PEK 120022

Dalam kuliah yang keempat ini pula saya telah mempelajari dan memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam perniagaan. Selain itu, saya dapat mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menjanakan sesuatu produk itu. yang terakhir sekali ialah kita dapat mengenal pesti strategi  yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam mejanakan sesuatu produk dan memasarkannya.

Pengajaran yang dapat saya pelajari ialah kita tahu bagaimana proses kreativiti dapat diaplikasikan dalam sesuatu projek. Seterusnya, ciri dan teknik yang kreatif  perlu dalam menjana idea kreatif dan inovatif.


SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Masuk minggu keempat, tajuk pada minggu tersebut ialah Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan. Saya mempelajari tentang maksud kreativiti dan inovasi, ciri individu yang kreatif serta teknik menjana idea kreatif dan inovatif. Di samping itu, pensyarah turut memberi kuliah tentang 9 buling block iaitu bahan yang sepatutnya ada di dalam blog perniagaan.

Saya berasa ingin tahu mengenai cara untuk berfikir secara kratif dan inovatif. Pada saya, ianya penting untuk memastikan produk kita terus laris apabila dipasarkan. Saya berpendapat, tidak ramai orang yang mampu berfikir secara kratif dan inovatif.

Saya akan mengaplikasikan apa yang saya pelajari pada minggu ini jika saya menjadi seorang usahawanan nanti. Bukan mudah untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Ianya memerlukan idea yang hebat dan bernas.

SYARUL BARIAH BT MUSA
PEK 120034


Hasil pembelajaran
·         Dapat memahami aspek kreativiti dan inovasi serta dapat merangka strategi dalam merancang RP

Perasaan
·         saya berasa gembira dapat memahami aspek keativiti dan inovasi

Aplikasi
·         saya dapat aplikasi kreativiti dan inovasi dalam semua bidang saya ceburi kerana aspek ini penting dalam semua perkara.

RISLI PALIMIN
PEK 120024

  •  Dapat memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam perniagaan.
  • Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif
  • Dapat mengenalpasti strategi yaang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam diri saya.

Refleksi Minggu Ketiga.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu ke-3 dalam kuliah APK, saya telah belajar mengenai untuk memahami konsep keberkatan dalam perniagaan serta memahami etika keusahawanan dan budaya niaga.Saya sangat tertarik dengan isi kandungan dalam topik ini iaitu perniagaan melibatkan riba.Apa yang kita sudah sedia maklum, perniagaan melibatkan riba adalah haram dalam Islam tapi cuba kita tengok di luar sana yang masih ramai tidak mengendahkan hal ini.

Firman Allah S.W.T : " Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (Al-Baqarah : Ayat 275 )


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK 120020

Saya belajar mengenai konsep keberkatan dalam perniagaan dan etika keusahawanan serta budaya niaga.

Saya berasa teruja untuk menceburi bidang keusahawanan kerana bidang ini memberikan hasil yang lumayan kerana 9/10 dari rezeki adalah daripada hasil perniagaan.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini semasa saya mula mempelajari ilmu perniagaan di negara yang sedang membangun ini.


NORHAYATI BT MOHAMAD 
PEK 120019 

Pada minggu ketiga ini saya  mempelajari tentang  konsep keberkatan dalam perniagaan dari segi perseptif islam . Hal ini kerana Rasulullah pernah berkata 9/10 daripada sumber rezeki adalah perniagaan .
Oleh itu islam telah mengajar kita tentang etika dalam keusahawanan agar perniagaan yang kita jalankan itu halan dan berkat .


OSMAN BIN ADNAN 
PEK 120022

Pada minggu yang ketiga saya mempelajari tentang konsep keberkatan dalam perniagaan serta etika keusahawanan dan budaya niaga. Etika keusahawanan ini mengajar kita nilai sikap yang positif yang perlu diamalkan oleh seseorang. Contohnya seperti pematuhan terhadap kontrak,timbangan tepat, tidak menyorokkan barang dan sebagainya.
 
Dalam topik ini mengajar diri kita sendiri supaya tidak bersikap menipu, suka melakukan perbuatan yang  tidak disukai oleh orang lain dan seagainya. seterusnya, sikap dan etika yang terjaga akan menjadikan keusahwanan itu berjaya berpanjangan.


SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Minggu seterusnya, saya mempelajari tentang Konsep Keberkatan dalam Perniagaan. Selain itu juga, saya juga belajar mengenai etika keusahawanan. Antar etika keusahawanan ialah pematuhan terhadap kontrak, timbangan yang tepat serta penipuan dan salah tafsir iklan.

Saya sangat gembira mempelajari tajuk ini kerana ianya melibatkan perspektif islam dalam perniagaan. Saya mendapat maklumat baru contohnya ialah keusahawanan menurut pandangan islam termasuk dalam fardu kifayah. Rasulullah S.A.W juga seorang peniaga sebelum menjadi rasul.

Saya berpendapat saya boleh mengaplikasikan pembelajaran minggu ini apabila saya melihat peniaga yang melakukan kesalahan dalam perniagaannya. Saya boleh menegur dan memberi nasihat kepadanya mengenai perbuatannya.

SYARUL BARIAH BT MUSA
PEK120034


Hasil pembelajaran
·         Dapat memahami konsep keberkatan dalam aktiviti perniagaan.
·         Dapat memahami etika keusahawanan dan budaya niaga.

Perasaan.
·         Saya berasa  bangga  kerana akitiviti perniagaan masih mengamalkan etika belandaskan agama islam.
Aplikasi
·         Saya boleh mengunakan ini sebagai panduan kepada saya apabila saya mencemburi bidang perniagaan .
·         Dapat mengetahui tentang etika antara peniaga dan pelanggan.

RISLI PALIMIN
PEK 120024

  • Dapat mengetahui konsep keberkatan dalam perniagaan.
  • Dapat memahami etika keusahawanan dan budaya niaga.
  • Konsep keberkatan dalam perniagaan berpandukan perspektif Islam adalah baik untuk diamalkan.


 
© TEAM KEROPOK. All Rights Reserved