Refleksi Minggu Ketiga.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu ke-3 dalam kuliah APK, saya telah belajar mengenai untuk memahami konsep keberkatan dalam perniagaan serta memahami etika keusahawanan dan budaya niaga.Saya sangat tertarik dengan isi kandungan dalam topik ini iaitu perniagaan melibatkan riba.Apa yang kita sudah sedia maklum, perniagaan melibatkan riba adalah haram dalam Islam tapi cuba kita tengok di luar sana yang masih ramai tidak mengendahkan hal ini.

Firman Allah S.W.T : " Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (Al-Baqarah : Ayat 275 )


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK 120020

Saya belajar mengenai konsep keberkatan dalam perniagaan dan etika keusahawanan serta budaya niaga.

Saya berasa teruja untuk menceburi bidang keusahawanan kerana bidang ini memberikan hasil yang lumayan kerana 9/10 dari rezeki adalah daripada hasil perniagaan.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini semasa saya mula mempelajari ilmu perniagaan di negara yang sedang membangun ini.


NORHAYATI BT MOHAMAD 
PEK 120019 

Pada minggu ketiga ini saya  mempelajari tentang  konsep keberkatan dalam perniagaan dari segi perseptif islam . Hal ini kerana Rasulullah pernah berkata 9/10 daripada sumber rezeki adalah perniagaan .
Oleh itu islam telah mengajar kita tentang etika dalam keusahawanan agar perniagaan yang kita jalankan itu halan dan berkat .


OSMAN BIN ADNAN 
PEK 120022

Pada minggu yang ketiga saya mempelajari tentang konsep keberkatan dalam perniagaan serta etika keusahawanan dan budaya niaga. Etika keusahawanan ini mengajar kita nilai sikap yang positif yang perlu diamalkan oleh seseorang. Contohnya seperti pematuhan terhadap kontrak,timbangan tepat, tidak menyorokkan barang dan sebagainya.
 
Dalam topik ini mengajar diri kita sendiri supaya tidak bersikap menipu, suka melakukan perbuatan yang  tidak disukai oleh orang lain dan seagainya. seterusnya, sikap dan etika yang terjaga akan menjadikan keusahwanan itu berjaya berpanjangan.


SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Minggu seterusnya, saya mempelajari tentang Konsep Keberkatan dalam Perniagaan. Selain itu juga, saya juga belajar mengenai etika keusahawanan. Antar etika keusahawanan ialah pematuhan terhadap kontrak, timbangan yang tepat serta penipuan dan salah tafsir iklan.

Saya sangat gembira mempelajari tajuk ini kerana ianya melibatkan perspektif islam dalam perniagaan. Saya mendapat maklumat baru contohnya ialah keusahawanan menurut pandangan islam termasuk dalam fardu kifayah. Rasulullah S.A.W juga seorang peniaga sebelum menjadi rasul.

Saya berpendapat saya boleh mengaplikasikan pembelajaran minggu ini apabila saya melihat peniaga yang melakukan kesalahan dalam perniagaannya. Saya boleh menegur dan memberi nasihat kepadanya mengenai perbuatannya.

SYARUL BARIAH BT MUSA
PEK120034


Hasil pembelajaran
·         Dapat memahami konsep keberkatan dalam aktiviti perniagaan.
·         Dapat memahami etika keusahawanan dan budaya niaga.

Perasaan.
·         Saya berasa  bangga  kerana akitiviti perniagaan masih mengamalkan etika belandaskan agama islam.
Aplikasi
·         Saya boleh mengunakan ini sebagai panduan kepada saya apabila saya mencemburi bidang perniagaan .
·         Dapat mengetahui tentang etika antara peniaga dan pelanggan.

RISLI PALIMIN
PEK 120024

  • Dapat mengetahui konsep keberkatan dalam perniagaan.
  • Dapat memahami etika keusahawanan dan budaya niaga.
  • Konsep keberkatan dalam perniagaan berpandukan perspektif Islam adalah baik untuk diamalkan.


 

No comments:

Post a Comment

© TEAM KEROPOK. All Rights Reserved