PEK120025
Pada minggu pertama dalam kuliah asas pembudayaan keusahawanan (APK), banyak perkara yang telah saya pelajari. Antara perkara yang telah saya belajar ialah konsep keusahawanan serta maksud keusahawanan. Hal ini demikian kerana saya dapat merasakan bahawa untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya,kita mestilah ada satu semangat yang kuat. Hal ini dapat dilihat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W .
InsyaAllah pada masa yang akan datang, saya akan menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak. Oleh itu,banyak kebaikan yang saya dapat daripada pensyarah dengan megambil subjek APK ini..
OSMAN BIN ADNAN
PEK 120022
Semasa dalam kuliah yang pertama ini, saya telah mempelajari mengenai konsep dan kepentingan keusahawanan terhadap negara kita sendiri mahupun luar negara. Sehubungan dengan itu, saya juga sedari bahawa keusahawan berkait rapat dengan pembangunan sesebuah negara. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap keusahawanan bagi membolehkannya lebih berkarisma dan bersikap profesional.
Sesudah selesainya kuliah yang pertama ini, barulah saya sedari bahawa bidang pengajian keusahawanan juga amat penting. Sehubungan dengan itu, ianya turut berkait rapat dengan pembangunan negara terutamanya dari aspek ekonomi negara.
NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK 120020
Saya telah belajar mengenai konsep usahawan dan maksud keusahawanan yang amat baru bagi saya.
Saya berasa amat bangga terhadap para usahawan yang telah berjaya kerana untuk mnjadi usahawan yang berjaya amatlah sukar.
Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini jika saya bercita-cita untuk menjadi usahawan suatu hari nanti di masa akan datang.
NORHAYATI BT MOHAMAD
PEK 120019
Refleksi kali pertama saya belajar keusahawanan ini teruja. Hal ini kerana saya dapat melihat mereka yang berjaya dalam bidang ini contohnya Ramly Burger , Donald Trumph , Tony Fernandez dan yang lain lagi apabila di ceritakan oleh pensyarah . Dalam kelas ini saya dapat mengetahui ini maksud perniagaan . Memang benarlah perniagaan ini keberanian kerana banyak risiko yang perlu di ambil untuk mencapai sesuatu .
Selain itu ,apa yang saya belajar juga tentang konsep dan pelan perniagaan untuk memulakan sesuatu perniagaan.
SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031
Pada minggu pertama kuliah, saya telah diajar mengenai Konsep dan Pembangunan Keusahawanan. Saya mengetahui dengan lebih mendalam mengenai maksud usahawan dan juga keusahawanan. Selain itu, saya juga belajar tentang ciri-ciri keusahawanan serta perkembangan keusahawanan di Malaysia. Pensyarah juga turut menerangkan mengenai membahagian markah untuk subjek ini.
Saya berasa teruja untuk belajar subjek ini walaupun sudah mengambil subjek ini ketika diploma dahulu. Tetapi, pensyarah terpaksa mengajar dalam Bahasa Inggeris kerana terdapat pelajar asing di dalam kelas. Dan saya pun terpaksalah belajar dalam Bahasa Inggeris.
Mungkin saya boleh aplikasikan apa yang saya belajar pada minggu ini ketika ada orang bertanya kepada saya tentang keusahawanan. Saya boleh membantu mereka dengan menerangkan serba sedikit mengenai apa yang saya tahu berkaitan keusahawanan.
SYARUL BARIAH BT MUSA
PEK120034
Hasil pembelajaran
·
Dapat menilai kepentingan bidang pengajian
keusahawanan.
·
Dapat megetahi konsep usahawan dan keusahawanan.
·
Dapat menilai ciri-ciri keuasahawanan.
·
Dapat mengetahui revolusi pembangunan
keusahawanan di Malaysia.
Perasaan
·
Saya berasa gembira dapat menpelajari bab ini.
Hal ini kerana saya dapat banyak pendedahan
tentang kepentingan dan konsep keusahawan.
Aplikasi
·
Saya dapat mengaplikasi perkara saya belajar
dalam bab ini apabila saya membuka perniagaan sendiri suatu hari ini.
RISLI PALIMIN
PEK 120024
Refleksi pembelajaran;RISLI PALIMIN
PEK 120024
- Kos APK ini diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris disebabkan terdapat pelajar internasional di kelas ini. Namun tidak menjadi masalah kepada saya kerana dengan cara ini penggunaan bahasa Inggeris kami akan terus berkembang.
- Saya dapat menilai kepentingan bidang pengajian keusahawanan.
- Saya boleh memahami konsep usahawan dan keusahawanan.
- Saya mengetahui ciri-ciri yang perlu ada terhadap keusahawanan.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete