Refleksi Minggu Kedua.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu kedua saya dalam kuliah APK,saya dapat mempelajari dan menganalisis kompetensi keusahawanan diri. Dalam kuliah ini,saya telah tahu bagaimana untuk kita mencari dan merebut peluang dalam bidang perniagaan serta meningkatkan prestasi perniagaan.

Selain itu juga, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya,kita perlulah bijak menyelesaikan pelbagai masalah dan memikirkan pelbagai strategi dalam perniagaan. Jika semua usahawan dapat menjalankan perniagaan dan keusahawanan mereka dengan baik, kemungkinan besar Malaysia lebih maju daripada negara-negara lain.


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK 120020

Saya belajar tentang analisis kompetensi keusahawanan diri dan ciri-ciri yang dipamerkan oleh seorang yang bergelar ahli keusahawanan.


Saya merasakan amat sukar untuk menjadikan seseorang itu seorang usahawan yang berjaya tanpa usaha yang gigih


Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini apabila saya ingin membuka perniagaan saya sendiri di masa akan datang.



NORHAYATI BT MOHAMAD 
PEK 120019 

Refleksi untuk minggu kedua selepas belajar keusahawanan ini ialah saya dapat belajar tentang sikap -sikap yang perlu ada pada seorang usahawan untuk berjaya dalam bidang ini . Antara sikap yang perlu ada untuk menjadi usahawan yang berjaya ialah  insiatif, adi seseorang yang inginkan kejayaan cemerlang dalam kehidupanrebut peluang ,cekal,cari maklumat, menitikberatkan mutu kerja ,komitment, rancangan yang sistematik, yakin, tegas  dan berani .

Jika kompetensi keusahawanan diri ini ada dalam seseorang usahawan ini pasti usahawan itu berjaya  setaraf jutawan -jutawan di dunia ini .


OSMAN BIN ADNAN
PEK 120022

Dalam kuliah yang kedua ini, saya telah mempelajari bagaimana seseorang itu dapat membangunkan tahap kompetensi diri dalam menjadi keusahawanan kelak. Sikap dan nilai yang positif amatlah ditekankan dalam menjadikan seseorang berjaya dalam kehidupan. sekiranya rintangan itu datang untuk menghalang kejayaan kita, sikap yang suka putus asa itu perlulah kita jauhi kerana ianya akan meruntuhkan semangat kita untuk menempuh kejayaan.

Pengajaran yang telah mengajar saya dalam kuliah ini ialah kita perlu pandai mencari dan merebut peluang yang ada. Seterusnya sikap kecekalan dalam mengusahakan sesuatu itu akan membuahkan hasil kejayaan.

Aplikasi yang dapat saya lakukan dalam memastikan projek keusahawanan berjaya adalah melalui media massa terutamanya. ini akan mudah untuk menarik minat orang ramai terhadap sesuatu produk itu.


SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Minggu kedua pula, pensyarah memberi kuliah mengenai Kompetensi Keusahawanan Diri. Terdapat 13 kompetensi keusahawanan diri yang saya pelajari. Contohnya ialah melihat dan merebut peluang, mencari maklumat dan membuat perancangan yang sistematik.

Saya mendapat pengetahuan baru walaupun agak kurang faham. Saya bernasib baik kerana memiliki buku Asas Pembudayaan Keusahawanan. Dengan adanya buku tersenut, saya dapat memahami apa yang diajar oleh pensyarah.

Saya boleh mengaplikasikan pembelajaran minggu ini jika saya menjadi seorang seorang usahawan suatu hari nanti. Mungkin ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang usahawan yang maju dan berjaya,

SYARUL BARIAH BT MUSA
PERK120034


Hasil pembelajaran
·         Dapat  menganalisis kompetensi keusahawananan dalam diri usahawan yang berjaya.
·         Saya dapat mengenal pasti ciri-ciri keuasahawanan dalam diri saya.
Perasaan
·         Saya berasa bangga dapat mengetahui ciri-ciri usahawan berjaya dalam bidang keusahawanan.
Aplikasi
·         Saya dapat mengaplikasi sikap ini apabila saya menceburi alam pekerjaan.
 
RISLI PALIMIN
PEK 120024
Refleksi pembelajaran;

  • Dapat meningkatkan keyakinan untuk membangunkan kompetensi keusahawanan diri
  • Dapat mengenalpasti dan akan mengaplikasikan ciri-ciri keusahawanan dalam diri

No comments:

Post a Comment

© TEAM KEROPOK. All Rights Reserved