Refleksi Minggu Keenam.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu ke-6,saya mempelajari tajuk kemahiran untuk memulakan perniagaan. Bagi memulakan sesuatu perniagaan ,sama ada perniagaan besar ataupun kecil-kecilan, kita perlu mempunyai modal untuk perniagaan.

Selain itu juga, kita juga perlu mempunyai produk atau servis iaitu jenis bahan yang ingin diniagakan.Di samping itu juga, lokasi perniagaan juga perlu diambil kira kerana tempat yang strategik akan memberi keuntungan yang berlipat ganda.


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK120020

Saya telah belajar mengenai kemahiran untuk memulakan perniagaan.

Saya berasa tidaklah terlalu sukar untuk menceburi dalam bidang perniagaan jika ahli keluarga sudah pun mempunyai perniagaan sendiri dan belajar daripada mereka yang telah mempunyai banyak pengalaman.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini jika saya ingin membuka perniagaan saya sendiri sambil bekerja dengan majikan.



NORHAYATI BT MOHAMAD
PEK 120019 

Pada minggu ke-6 saya telah belajar tentang kemahiran untuk memulakan perniagaan  daripada pensyarah saya . Apa yang saya dapat ialah saya dapat mengetahui sumber -sumber yang perlu dilakukan bagi memulakan perniagaan

Selain itu , saya dapat mengetahui teknik perundingan yang berkesan dalam menjalankan perniagaan dan saya dapat mengatahui kaedah komunikasi yang berkesan . Terdapat pelbagai komunikasi yang perlu di pelajari bagi menarik minat orang ramai dan percaya akan perniagaan kita .



SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Minggu berikutnya, saya diajar tentang kemahiran memulakan perniagaan. Saya mempelajari sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan. Contohnya, modal, lokasi dan kelengkapan perniagaan. Selain itu, saya juga mempelajari mengenai kemahiran perundingan dan kemahiaran komunikasi.

Saya mendapat informasi baru bahawa pentingnya kemahiran komunikasi dalam perniagaan. Ini adalah kerana jika seseorang peniaga tidak tahu cara untuk berkomunikasi, pelanggan sukar memahami perniagaan yang dijalankan oleh peniaga tersebut.

Saya berpendapat saya boleh mengaplikasikan pembelajaran minggu ini sekiranya saya membuka sebuah perniagaan. Mungkin saya boleh melantik pakar perunding untuk mendapatkan maklumat mengenai pihak pembekal, pelabur atau pelanggan.


SYARUL BARIAH BT MUSA
PEK 120034


Hasil  pembelajaran
·         dapat menganalisis sumber dalam perniaagaan.
·         Dapat mengetahui teknik-teknik dalam perundingan yang betul.

Perasaan
·         Saya gembira kerana dapat mengetahui teknik dan prinsip perundingan yang sepatutnya.
Aplikasi
·         Saya boleh mengaplikasi teknik perundingan ini dalam apa jua bidang yang saya ceburi nanti.

OSMAN BIN ADNAN 
PEK 120022

Pada minggu yang keenam ini saya dapat mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan. Selain itu, saya dapat mengetahui teknik perundingan yang berkesan dan kaedah komunikasi.

Perasaan yang saya dapat setelah selesai belajar dalam topik ini ialah saya tahu personaliti seseorang yang berkarisma turut mempengaruhi orang lain. Saman ada dari aspek berjalan, gerak-geri badan dan sebagainya.

Aplikasi yang dapat saya terapkan ialah keyakinan diri perlu ada dalam menyampaikan sesuatu perundingan.



RISLI PALIMIN
PEK 120024

  • Dapat mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan.Antaranya adalah modal perniagaan, produk atau servis, lokasi perniagaan, serta kelengkapan perniagaan.
  • Dapat mengetahui teknik perundingan yang berkesan dari aspek persediaan, proses perundingan, srtategi dan taktik.
  • Dapat mengetahui keadah komunikasi dalaman dan luaran yang berkesan.

 

No comments:

Post a Comment

© TEAM KEROPOK. All Rights Reserved