Refleksi Minggu Keempat.

ROSMARUBI BINTI AB SAMAT
PEK120025

Pada minggu ke-4 dalam kuliah APK, saya telah mempelajari topik kreativiti dan inovasi. Dalam topik ini, saya tertarik pada sub topik iaitu halangan kreativiti dan inovasi. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuhi.

Antaranya ialah diri sendiri yang tidak mempunyai keyakinan, takut untuk mencuba , takut pada kegagalan dan sebagainya. Semua halangan ini mesti ditepis oleh seseorang itu untuk menjadi usahawan.


NUR AZIRA BT MAT SAAT
PEK120020

Saya telah belajar mengenai aspek kreativiti dan inovasi serta mengenal pasti strategi untuk menggalakkan kreativi dan inovasi.

Saya berasa bahawa bidang keusahawanan sangat mencabar dan memerlukan pemikiran yang bijak.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan ini apabila saudara saya ingin dan berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan.


NORHAYATI BT MOHAMAD 
PEK 120019

 Pada minggu keempat ini sy dapat belajar dari segi kreativiti dan inovasi dalam perniagaan .
 Disebabkan sekarang usahawan muncul ibarat  cendawan timbul selepas hujan kita perlu mempunyai kreativitif agar dapat menarik  minat pembeli diluar  agar minat dengan produk kita .

Selain itu saya belajar teknik untuk menjana idea kreatif dan inovatif dalam perniagaan . Oleh itu , dengan teknik yang dipelajari saya berharap dapat mengamalkan apabila memulakan perniagaan nanti


OSMAN BIN ADNAN 
PEK 120022

Dalam kuliah yang keempat ini pula saya telah mempelajari dan memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam perniagaan. Selain itu, saya dapat mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menjanakan sesuatu produk itu. yang terakhir sekali ialah kita dapat mengenal pesti strategi  yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam mejanakan sesuatu produk dan memasarkannya.

Pengajaran yang dapat saya pelajari ialah kita tahu bagaimana proses kreativiti dapat diaplikasikan dalam sesuatu projek. Seterusnya, ciri dan teknik yang kreatif  perlu dalam menjana idea kreatif dan inovatif.


SITI NAZIHAH WAHIDA BT MOHD SUHAIMI
PEK 120031

Masuk minggu keempat, tajuk pada minggu tersebut ialah Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan. Saya mempelajari tentang maksud kreativiti dan inovasi, ciri individu yang kreatif serta teknik menjana idea kreatif dan inovatif. Di samping itu, pensyarah turut memberi kuliah tentang 9 buling block iaitu bahan yang sepatutnya ada di dalam blog perniagaan.

Saya berasa ingin tahu mengenai cara untuk berfikir secara kratif dan inovatif. Pada saya, ianya penting untuk memastikan produk kita terus laris apabila dipasarkan. Saya berpendapat, tidak ramai orang yang mampu berfikir secara kratif dan inovatif.

Saya akan mengaplikasikan apa yang saya pelajari pada minggu ini jika saya menjadi seorang usahawanan nanti. Bukan mudah untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Ianya memerlukan idea yang hebat dan bernas.

SYARUL BARIAH BT MUSA
PEK 120034


Hasil pembelajaran
·         Dapat memahami aspek kreativiti dan inovasi serta dapat merangka strategi dalam merancang RP

Perasaan
·         saya berasa gembira dapat memahami aspek keativiti dan inovasi

Aplikasi
·         saya dapat aplikasi kreativiti dan inovasi dalam semua bidang saya ceburi kerana aspek ini penting dalam semua perkara.

RISLI PALIMIN
PEK 120024

  •  Dapat memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam perniagaan.
  • Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif
  • Dapat mengenalpasti strategi yaang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam diri saya.

No comments:

Post a Comment

© TEAM KEROPOK. All Rights Reserved